Have an account?

Friday, March 20

MENCONTOHI KEPIMPINAN RASULULLAH


Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah yg Maha Esa lg Maha Bijaksana kerana masih diberi peluang kepada ana utk hidup merasai nikmat2 Allah yg besar ini..Alhamdulillah, syukur juga kepada yg Maha Mengetahui kerana masih diberi idea dan masa utk menyumbangkan serba sedikit Ilmu yg ada pada diri ana yg kerdil ini..

Kepimpinan itu bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya adalah tanggungjawab yg cukup getir.



KEPIMPINAN adalah satu bentuk amanah yg cukup berat sarat dengan tanggungjawab dan kewajipan. Ini adalah selaras dengan kewajipan sbg khalifah di atas muka bumi ini yg Allah kurniakan kpada manusia dgn misi membangun dan memakmurkan bumi yg terbentang luas ini. Kepimpinan bukanlah satu kelebihan atau kemegahan tetapi satu pengorbanan. Ia juga bukannya kesenangan dan kemewahan tetapi kerja keras dan usaha bersungguh2. Bahkan ianya bukan tindakan secara semberono dan membuta tuli tetapi tindakan penuh strategi dan perancangan. Pendek kata, kepimpinan adalah wadah pembangunan, kemajuan, kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Perlu diinsafi, Islam menganggap bhw setiap manusia sama ada lelaki mahupun perempuan secara umumnya adalah seorang pemimpin. Paling minimumnya ialah setiap org adalah pemimpin bg dirinya sendiri dan yg paling tinggi sekali adalah tanggungjwab seorang pemimpin terhadap rakyat bawahannya. Dalam hal ini, Baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Maksudnya:

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akn dipertanggungjawabkan terhadap org yg di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pimpinan dan akan dpertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dpertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akn dpertanggungjawabkan terhadap anak2nya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akn dpertanggungjawabkan terhadap apa yg berada di bawah amanahnya".

( Hadis Riwayat Bukhari)

Jelas daripada mafhum hadis tersebut bahawa tanggungjawab dan kewajipan yg terpikul di bahu setiap muslima dalah berbeza antara satu sama lain bergantung kepada kedudukan dan kuasa kepimpinan yg diamanahkan kepadanya. Namun, tanggungjawab terbesar yg akn dipertanggungjwabkan kelak pada hari akhirat ialah tanggunggjawab seorang pemimpin terhadap rakyatnya. Maka tidak hairanlah Rasulullah pernah memberi peringatan kepada setiap pemimpin tentang tanggungjwab seorang pemimpin yg sebenar. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:

"Pemimpin yg menguasai urusan kaum Muslimin tetapi tidak bersungguh2 memerhati kepentingan kaum Muslimin, tidak nasihat menasihati demi kebaikan dan kesejahteraan mereka, kelak tidak dapat masuk syurga bersama2 mereka".

( Hadis Riwayat Ahmad )

Demikian betapa besarnya dan beratnya tanggungjawab seorang pemimpin yg diamanahkan Alah Taala kepada kuasa kepimpinan utk menerajui rakyat ke arah Islam dan kebahagiaan abadai di dunia dan akhirat. Pemimpin yg baik adalah seorang pemimpin yg sentiasa ingin berkhidmat dan berkorban demi membangunkan agama Islam dan sekali2 tidak mengutamakan keentingan dirinya, keluarganya mahupun kerabat terdekatnya..


Wassalam...


0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails