Have an account?

Thursday, March 26

PEMUDA PEMUDI ISLAM

ANTARA CABARAN DAN PERANAN


Generasi pemuda kini memerlukan kepada kekuatan pentarbiahan yang berterusan bagi pemantapan aqidah, akhlak dan jiwa yang semakin taat kepada perintah Allah. Ertinya, sekira pemuda/di Islam tidak mengerti hakikat tarbiah dalam pengertian sebenar, maka natijah yang paling hampir kepada sebuah masyarakat itu, ialah menunggu saat kehancuran.

Sebenarnya,
kalau diperhati dengan teliti kita akan dapati bahawa pemuda/di merupakan asas yang utama dalam pembinaan setiap kerja. Nyatanya dalam Al-Quran sendiri menegaskan beberapa ayat yang khusus menyebut tentang pemuda antaranya:

نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية آمنوا بربهم وزدناهم هدى (13

Maksudnya: Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (Al-Kahfi:13)

Manakala hadith pula terlalu banyak yang menyebut tantang pemuda antaranya:

حديث أبى هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لو كان الدين عند التريا لذهب به رجل من فارس أو قال من أبناء فارس حتى يتناوله

Maknanya: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: Seandainya agama itu berada di bintang , nescaya salah seorang dari lelaki Parsi atau pemuda-pemuda Parsi akan pergi ke sana untuk mendapatkannya.

Begitu juga kalau diperhati di sudut sejarah pemuda memainkan peranan yang penting dalam membangun sesuatu bangsa dan agama, kekuatan suatu bangsa sebenarnya secara jelas ia sepenuhnya bergantung kepada keupayaan golongan pemuda/di di dalam sesebuah negara tersebut. Sebagai contoh yang terdekat, gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia digerakkan sepenuhnya oleh golongan muda, sehingga tumbang kerajaan yang begitu kukuh hampir 30 tahun memerintah negara tersebut.

Sebuah gerakan atau jemaah mempunyai sayap terkanan iaitu pemuda bagi bagi membantu gerakan, jemaah atau pertubuhan tersebut demi berhadapan dengan ancaman atau serangan liar dari musuh.

Pendeknya, golongan muda berada di barisan hadapan di mana sahaja keadaan bagi memperkukuhkan dan menguatkan sesuatu negara, pertubuhan atau jemaah.

KEDUDUKAN PEMUDA ISLAM DI MALAYSIA

Secara ringkasnya kalau diperhati kepada pemuda Islam di Malaysia kita boleh membahagikan kepada beberapa bahagian:

Pemuda/di yang mendapat pendidikan agama dan beramal dengan agama.
Pemuda/di yang mendapat pendidikan agama dan tidak beramal dengan agama.
Pemuda/di yang tidak mendapat pendidikan agama dan cenderung untuk beramal dengan agama.
Pemuda/di yang tidak mendapat pendidikan agama dan tidak langsung minat kepada agama.


Satu kalimah mungkin senang untuk diucapkan, hanya tutup bibir dan buka kembali maka keluarlah kalimah tersebut berserta nada yang diinginkan , namun pengertian yang sebenar yang diinginkan terlalu sukar untuk diterjemah dalam kehidupan seharian. Pengorbanan dan mujahadah yang berterusanlah sahaja yang mampu membentuk semua itu ke arah sebuah kejayaan yang sebenar. Mudah-mudahan tulisan yang ringkas ini mampu manjadi panduan serta rujukan kepada diri dan masyarakat muda-mudi dalam mengharungi suasana yang mencabar nanti. Selamat maju jaya dan selamat berjuang di atas muka bumi Allah ini.


Sesungguhnya tanggungjawab yg perlu digalas oleh masyarakat pemuda amat besar dan memerlukan pengorbanan yg kuat dan ikhlas kerana Allah..InsyaAllah


Wassalam..


0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails