Have an account?

Wednesday, March 25

SUMBER-SUMBER METHOD DAKWAH

i) AL QURAN AL KARIM


Di dalam Al quran menagndungi banyak uslub atau method dakwah dan juga wasilah menyampaikannya. Rasulullah saw telah diceritakan oleh Allah swt akan perjuangan para anbiya’ dan rasul-rasul sebelumnya yang telah menjalankan kegiatan dakwahnya kepada ummatnya sehingga terpaksa berhadapan dengan penderitaan dan ancaman musuh.

Allah swt menceritakan kisah perjuangan nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad saw adalah agar kita mengambil pengajaran dan intifadah-intifadah yang perlu diterapkan ke dalam diri. Sehubungan hal ini, Allah swt menyatakan di dalam Al Quran :

وكل نقص عليك من أنباء الرسول ما تثبت به فؤادك وجاءك في هذه الحق وموعظة وذكرى للمؤمنين
(هود : 120)


Dari apa yang diceritakan oleh Allah swt di dalam Al Quran, semoga kisah-kisah ummat terdahulu menjadi petunjuk dan rahmat kepada orang-orang yang berakal waras selaku jundullah yang tidak mengenal erti keperitan perjuangan sehingga menitiskan darah yang terakhir yang bakal menjadi saksi di mahkamah Allah swt.


ii) AS-SUNNAH NABAWIAH

Sesungguhnya Sunnah Nabi dan sirah perjuangannya sama ada ketika baginda berada di Mekah atau di Madinah juga merupakan qudwah hasanah yang sayugianya dijadikan method dakwah para daie’ di sepanjang zaman atau di mana-mana pelusuk dunia mereka berada berdasarkan zuruf tertentu. Tugas berdakwah memerlukan kebijaksanaan seperti yang diterangkan di awal perbicaraan kita, sehubungan dengan ini, Allah swt mendedahkan di dalam Al Quran :

ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتى هى أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بلمهتدين

(النحل : 125)


iii) SIRAH SALAFUS SOLEH

Di dalam sirah golongan salaf yang terdiri daripada ulama’ besar serta golongan mukmin, kita melihat banyak perkara pokok dan penting di dalam selok belok dakwah. Di sana terdapat berbagai-bagai pengajaran yang menjadi contoh kepada daie’ untuk diambil intipati method dakwah yang mereka ketengahkan di mana golongan salaf ini, merupakan orang yang paling mengetahui di sudut hukum syara’ dan juga fiqhud dakwah dallah.


iv) ISTAMBATH HUKUM DARI ULAMA’ FEQAH

Para fuqaha’ telah mengistimbathkan hukum syara’ daripada dalil syara’, contohnya hukum-hukum yang berhubung dengan tugas berdakwah adalah seumpama Amar ma’ruf dan Nahi mungkar. Maka kita wajib mempelajari dan mempraktikkan segala method dakwah yang telah dikaji dan direalisasikan oleh mereka, seumpama kita melakukan ibadah kepada Allah swt seperti berzikir, berpuasa dan juga bermuamalat atau sesuatu yang berkait dengannya.


v) MELALUI PENGALAMAN DAN EKSPERIMEN

Pengalaman daie’ menyebarkan risalah Islam merupakan eksperimen atau percubaan dan uji kaji yang penting dimana ia mampu berhadapan dengan ujian ketahanan mental dan pengorbanan jasad sehingga menggadaikan nyawa di tangan musuh.

Untuk mencapai target dakwah, kita hendaklah memiliki persediaan-persediaan rohani dan jasmani. Kini fahamlah kita betapa bukan sahaja pentingnya kekuatan jasad dan roh tetapi kekuatan dan kecanggihan peralatan menentang musuh perlu diberi perhatian sewajarnya. Kalau di zaman Rasullulah saw jundullah berperang menggunakan kuda dan pedang tetapi pada zaman moden kini, kita perlu menggunakan kereta kebal, jet, peluru scud dan senjata-senjata lebih canggih dan terkini menjadi bekalan utama.

Akan tetapi, kita perlu faham kemenangan Islam bukanlah berpunca dari persediaan canggih atau tentera yang ramai, sebaliknya keimanan yang mantap adalah resepi utama untuk menentukan menang kalahnya Islam selain persediaan yang disebutkan di atas.

Demikian juga dengan disiplin. Kisah kekalahan tentera muslimin di dalam peperangan Uhud menjadi pengajaran kepada kita betapa pentingnya disiplin dan kepatuhan kepada ketua. Punca kekalahan peperangan tersebut adalah tidak patuh kepada ketua di mana Rasulullah saw ketika itu selaku ketua perang. Ringkasnya disiplin sangat penting dalam semua aspek.

0 Tinggalan Kata-kata:

Related Posts with Thumbnails