Have an account?

Monday, March 23

JIHAD TERAS KEGEMILANGAN UMMAH..

Assalamualaikum w.b.t...bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi ruang dan kesempatan utk mnyebarkan dakwah ke arah agama Islam yg tercinta..berkorbanlah apa sahaja demi menegakkan Syaria' Islam di muka bumi ini..


Jihad dari segi bahasa ialah : " Bersungguh-sungguh dan mencurahkan sepenuh kemampuan dan tenaga, samada dengan perkataan atau perbuatan ".

Dari segi syara' ialah : " Seorang muslim mencurahkan sepenuh tenaga dan kesungguhan dalam usaha untuk memenangkan Islam, bagi mendapat keredhaan Allah ". Oleh sebab itulah dirungkaikan kalimah jihad dalam Islam dengan fi sabilillah yang bertujuan untuk men thabit kan bahawa jihad yang dimaksukan adalah jihad syar’ie.

Firman Allah s.w.t dalam menjelaskan perkara ini adalah seperti berikut :

[1]الذين آمنوا يقاتلون في سبيل الله والذين كفروا يقاتلون في سبيل الطاغوت...

Maksudnya : " Orang-orang yang beriman berperang pada jalan Allah dan orang-orang kafir berperang pada jalan toghut ... ".
[1] Surah An-Nisa’ : 70



Dari taarif ini, lahirlah takrif-takrif golongan salaf berkenaan dengan jihad antaranya :

Ibn Abbas r.a berkata : " Jihad ialah mencurahkan sepenuh tenaga pada jalan Allah dan tidak takut pada celaan orang yang mencela ".

Ibn Muqatil berkata makna jihad adalah : " Beramal kepada Allah dengan sebenar-benar amalan dan menyembah Allah dengan sebenar-benar sembahan ".

Ibn Mubarak berkata : " Iaitu mujahadah nafsu dan hawa ".

Dr. Said Ramadhan Al-Buti berkata : " ýýJihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan meninggikan kalimah Allah dan menegakkan masyarakat Islam. Memberikan tenaga melalui peperangan adalah sebahagian darinya. Adapun tujuan pula adalah menegakkan masyarakat Islam dan membentuk Daulah Islamiyyah yang sebenar ".

Dari pentakrifan di atas, jelas bahawa jihad itu sendiri mempunyai makna khas dan makna am. Adapun maknanya yang khas ialah : " Berperang pada jalan Allah " dan maknanya yang am ialah : " Kehidupan kita dari awal hingga akhirnya merupakan jihad ". Ia mempunyai marhalah dan pusingan yang tertentu. Setiap marhalah jihad menyediakan seseorang untuk naik ke marhalah yang lebih tinggi.

Imam Ibn Qayyim ketika memperkatakan tentang marhalah-marhalah ini memulakan susunan jihad dengan jihad melawan nafsu untuk mempelajari kebenaran, kemudian jihad untuk beramal dengan apa yang telah diketahui, kemudian jihad bersabar di atas bebanan amal tersebut. Semua ini dikira sebagai jihad. Mana-mana kekurangan pada marhalah-marhalah ini atau kegopohan, kadang-kadang tidak membawa kepada amal yang dituntut.

As-Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah telah membahagikan jihad kepada 5 jenis :

Pertama : Jihad dengan lisan
Kedua : Jihad dengan pengajaran ( ta'limi )
Ketiga : Jihad dengan tangan dan jiwa-raga
Keempat : Jihad politik
Kelima : Jihad harta.


Perjuangan Ar-Rasul dan para sahabat dipenuhi dengan jihad dari melawan nafsu, berdakwah dan sebagainya termasuklah qital (berperang). Semua itu telah dilakukan dengan penuh semangat dedikasi dan bersungguh-sungguh. Lantaran itu, sejarah Islam telah memaparkan buat tatapan kita pada hari ini, betapa mulia dan gagah serta bersemangatnya mereka memperjuangkan Islam, malahan bukan sekadar Semenanjung Arab sahaja yang tunduk kepada kekuasaan Islam, bahkan kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi turut tersungkur di bawah kekuasaannya. Keberanian dan keunggulan mereka di medan jihad menjadi sebutan orang pada ketika itu. Kehandalan Saidina Umar r.a, keberanian Khalid Al-Walid dan ramai lagi telah menggegarkan dunia.

Semangat jihad yang ditunjukkan oleh mereka itu kemudiannya diwarisi oleh para mujahid Islam seperti Imam Ahmad Ibn Hanbal, Sallehuddin Al-Ayyubi, Ibn Taimiyyah dan lain-lain lagi. Di dalam abad ke-20 an ini, terdapat pula mujahid seperti Imam Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan Sayed Abu A'la Maududi. Mereka menentang kezaliman dan penindasan yang cuba menghancurkan dan menghapuskan umat Islam.

Melihat dari kejayaan yang telah dipaparkan di dalam sejarah, perasaan benci dan dengki dari musuh Islam memuncak dan sering bersemadi di dalam jiwa mereka. Rentetan daripada itu, timbullah berbagai cemuhan dan telahan terhadap perjuangan untuk mengembalikan Islam. Fanatik, Ekstrimis, Irhabi, dakwah songsang, menyeleweng dan berbagai lagi perkataan telah digunakan untuk melemahkan semangat perjuangan. Kebenaran perjuangan Islam diputar-belitkan supaya masyarakat kabur dan tidak lagi memahami keadaan yang sebenar. Dalam hal ini, terdapat sesetengah ulama' yang memainkan peranan yang agak hebat juga untuk menjayakan perancangan musuh Islam. Akibatnya, semangat dan ruh jihad itu luntur dan sikap acuh tak acuh bertunas di dalam hati umat Islam serta mengongkongnya.

Setelah begitu lama kita dibawa oleh lamunan pemikiran musuh-musuh Islam, kini tibalah masanya untuk kita memahami dan benar-benar menghayati jihad dari kaca mata Islam itu sendiri.


KENAPA JIHAD FI SABILILLAH

Di dalam kitab suci Al-Qur'an, Allah telah membentangkan apakah tujuan jihad. Antara lain ialah :


a) Untuk mewujudkan keagungan Allah di dunia.
b) Mengatur hal-ehwal manusia mengikut petunjuk dari Allah
c) Menghapuskan semua kuasa-kuasa syaitan
d) Menghapuskan penindasan manusia oleh manusia lain.



Wahai Teman.....



Sesungguhnya dunia Islam hari ini jauh dari perlaksanaan hukum Allah. Umatnya dikoyak-rabikkan oleh musuh. Daulah yang dulunya wujud telah dihilangkan. Segala kemewahan dan hasil-mahsul bumi Islam dirampas oleh Yahudi Kuffar durjana. Adakah kita masih ragu-ragu bahawa jihad merupakan fardhu ain ke atas setiap bahu kita ??? Tanyalah diri kita, adakah jalan lain selain jihad untuk menghilangkan kejahatan ini ? Bukankah kita tergolong di dalam zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith.

Sementara kita belum terlajak dan tidak dapat kembali lagi ke dunia ini, sama-samalah kita melaksanakan jihad fi sabilillah agar apabila telah sampai di alam yang kekal, mudah-mudahan insya Allah kita tidak menyesal seribu sesalan yang tidak berguna lagi.

Oleh itu wajiblah ke atas kita sentiasa menanamkan di dalam hati dan amalan kita slogan " JIHAD ADALAH JALAN KAMI " untuk memastikan Islam kembali gemilang.


1 Tinggalan Kata-kata:

H.Y.C.Sumaryono said...

Tumbuhkan rasa cinta kepada kehidupan yang diridhoi oleh Allah SWT, maka jihad fi sabilillah merupakan kebutuhan kita sebagai umat Islam.
Kehidupan yang penuh ketakwaan kapada Allah SWT.
Berarti melaksanakan perintah-perintah Allah, termasuk memerangi kelakuan yang membawa kerusakan, maksiat, dosa dan penjajahan.

Related Posts with Thumbnails