Have an account?

Sunday, March 29

PEMBINAAN GENERASI DAKWAH


Golongan pelajar adalah generasi ilmuan yang diharapkan untuk merubah kepincangan masyarakat dunia dari dahulu hingga sekarang;

Firman Allah SWT:

قال الله تعالى :" فلولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا فى الدين ولينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لعلهم يحذرون"

Sesungguhnya, penghalaan fikrah dan pencernaan tindakan para ilmuan banyak mempengaruhi nilai kehidupan sesebuah masyarakat.Kegawatan dan kegentingan ummah yang perlu ditangani oleh golongan ilmuan amat memerlukan kepada kesungguhan dan perencanaan yang mantap dari diri individu itu sendiri. Melihat situasi ini,para ilmuan seharusnya merasa sensitif dan peka untuk membentuk diri melalui beberapa peningkatan dan kesedaran dalaman yang positif.Sesuatu yang bermula dari titik yang positif akan membuka jalan mudah untuk natijah yang positif. Meskipun ada kalanya kita dihadapkan dengan beberapa kejutan yang sebenarnya mendidik kematangan dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan.

Para pelajar lazimnya terpaksa menghadapi situasi-situasi yang kadang-kadang membuatkan mereka merasa patah hati, kecewa, tension dan berbagai perasaan lain. Fenomena ini banyak mempengaruhi pelajar perempuan .Sebuah firma penyelidikan sosial di Jepun menyenaraikan jumlah kematian (bunuh diri) kerana tension dan kecewa adalah lebih banyak berlaku di kalangan pelajar perempuan denagn nisbah 1:3.

Namun perlu diingati, anda adalah seorang mahasiswi islam yang perlu menangani sebarang masalah dengan tenang. Dan seorang yang bertitle mahasiswi perlu bertindak dengan matang.Perlu diingati, seorang pelajar yang berjaya ialah seorang yang mampu membina dirinya dari satu tahap kepada satu tahap, bukanya seorang yang hanya mampu mengekalkan kejayaan yang membanggakan dalam pencapaian akedamik tetapi pincang di sudut pembinaan sakhsiah.

Pengertian Ulama' Dan Penuntut Ilmu

Penuntut ilmu dalm erti kata yang di kehendaki di sini ialah penuntut ilmu agama. Tegasnya mereka yang berkecimpung secara langsung dalam proses pembelajaran ilmu yang berpaksikan Islam. Secara tidak langsung mereka ini telah menapakkan kaki di panggkal jalan untuk menjadi seorang ulama'. Dalam erti kata yang lain, setiap penuntut ilmu agama telah melayakkan dirinya untuk menjadi calon ulama' yang pasti akan dirujuk oleh masyarakat.

Secara asasnya, ulama' ialah golongan yang menguasai dan memahami secara terperinci ilmu-ilmu teras Islam serta memahami Islam sepertimana yang difahami oleh generasi para sahabat.
Prinsip asas ini dipenuhi melalui 2 tahap iaitu:

i. Memahami ilmu tersebut secara lafaz dan makna dan mesti ditashihkan di hadapn ulama'(proses talaqqi).
Sabda Rasulullah :

انما العلم بالتعلم

ii Mampu mengeluarkan maklumat itu bila di perlukan.

Ini adalah kerana, Rasulullah tidak meninggalkan harta pusaka untuk ummatnya, tetapi mewariskan ilmu dari sumbernya yang asasi iaitu Al Quran dan As Sunnah. Maka yang layak memunggahnya kembali ialah ulama', kerana mereka adalah pewaris para nabi :

العلماء ورثة الانبياء

"ulama' adalah pewaris para nabi"

Suatu lagi pra-syarat asasi yang melayakkan seorang penuntut ilmu agama di iktiraf oleh Allah sebagai ulama' ialah mereka beramal dengan ilmu yang dimiliki hasil dari rasa gerun dan tunduk kepada Allah yang dilahirkan dari niat yang benar kerana Allah dalam menuntut Ilmu.

Tidakkah Allah berfirman:

اتما يخشى الله من عباده العلماء - فاطر : 28

" sesungguhnya, mereka yang takut kepada Allah , di kalangan hambaNya hanyalah ulama' ".

Dikenali ualma' itu, dengan akhlak dan perangainya yang menggambarkan betapa kenalnya ia akan Allah dan selain itu, mengenali tipu daya dunia dan musuh Islam itu sendiri.

Sebagai ciri-ciri tambahan untuk melayakkan lagi peribadi sebagai ulama' sebenar agar benar-benar dapat memenuhi maksud sebagai pewaris para nabi, mestilah ia mampu menterjemahkan Islam mengikut realiti dan perkembangan semasa dalam erti kata :

i. Mengenali musuh dalam bentuknya yang moden.
ii. Tidak bersedia untuk diperalatkan oleh musuh
iii. Melaksanakan 'amal jama'ie sebagai langkah menghadapi musuh yang bergerak secara kolektif.


Secara tidak langsungnya, mereka merupakan da'ie yang menjalankan tugas amar
maaruf nahi mungkar yang sensitif dan peka terhadap nasib ummah. Mereka tidak hanyut dengan suasana, bahkan menjadi batu karang yang tegar menghadapi gelombang ganas sebagai tempat umat berpaut.

Dengan pengertan ulama' tersebut, dapatlah kita memahami taarif ulama' yang hakiki, supaya dapat di bezakan daripada mereka yang kadang-kadang di anggap ulama' tetapi hakikatnya tidak begitu, seperti ulama' ussu', intelektual (pemikir) dan penceramah biasa.

Juga, jelas bahawa penuntut ilmu agama memiliki potensi untuk menjadi calon ulama' berdasarkan peluang-peluang yang terbentang di hadapannya. Namun, penentuan, pengiktirafan serta pemilihan hakiki sebagai ulama' adalah di sisi Allah ju. Ianya memerlukan keikhlasan, kesungguhan dan bantuan dari Allah.

Friday, March 27

1 Satu hal yang tidak dapat dinafikan oleh setiap yang berfikiran waras bahawa dunia hari ini berkecamuk dengan pelbagai permasalahan dalam semua bidang kehidupan.


2 Kesemua masalah yang dihadapi adalah berpunca dari keangkuhan manusia terhadap hokum Allah yang diturunkan untuk kemaslahatan manusia seluruhnya.


3 Demi menyelesaikan permasalahan tersebut, kembalilah kepada ajaran Allah yang maha suci. Sebagaimana pesanan Rasulullah mafhumnya:

Yang bermaksud : Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab dan sunnah Rasulullah.

4 Seteterusnya di sini cuba diperjelaskan beberapa masalah yang paling ketara hari ini dan beberapa jalan penyelasaian yang sempat dikumpul demi kebaikan bersama. Sementara permasalahan yang diutarakan di sini ada yang berbentuk umum dan adayang berbentuk khusus bagi umat Islam.

1. MASALAH MORAL

1 Ia bermula dengan asas pendidikan yang tidak menuju ke arah akidah tauhid yang kukuh . Asas pendidikan ini samada di pusat pendidikan awalan atau dasar pendidikan negara.


2 Akibat undang-undang rapuh ciptaan manusia tidak dapat mengawal manusia dan bila mereka merasa bahawa mereka boleh lepas dari tindakan undang-undang.


3 Menularnya budaya barat yang tidak bermaruah ke negara-negara umat islam.


4 Kehuruharaan yang berlaku di sesebuah negara hasil dari pemberontakan atau kezaliman pemerintahan.


5 Beberapa bentuk penyelesaian adalah perlu sebagaimana di bawah:

i.Organisasi anasir-anasir yang baik.
ii. Menjelaskan konsep kebaikan dan kejahatan.
iii.Ketaqwaan kepada Allah.
iv.Kepatuhan kepada panduan dan peraturan.


2. PEMIKIRAN KEBENDAAN.

1 Pemikiran yang hanya berharga dan menilai aspek benda sahaja dalam kehidupan manusia sebagaimana fahaman komunis. Mereka menggangap sesuatu yang wujud itu ialah sesuatu yang berupa benda yang dapat dirasa, diuji dan diperhatikan segala ciri-cirinya.


2 Cetusan dari fahaman inilah lahirnya pendapat yang mengingkari tentang wujudnya Allah. Kerana ia tidak dapat ditanggap melalui pancaindera.


3 Berdasarkan teori ini lahirnya satu teori yang menggangap faktor ekonomi sebagai satu-satunya faktor asasi dalam kehidupan manusia.


4 Falsafha ini jugalah yang menjadi pegangan utama umat Islam hari ini, walaupun bukan dalam bentuk sebagaimana pegangan dan amalan golongan komunis itu.


5 Allah s.w.t berfirman:

Yang bermaksud:- Dan kalau kami menghendaki, sesunggahnya kami tinggikan (darjat)nya dengan ayat-ayat itu,tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya yang rendah,maka perumpamaanya seperti anjing. Jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia menghulurkan lidahnya (juga). Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami.Maka ceritakanlah( kepada mereka) kisah –kisah itu agar mereka berfikir.

PERANAN PEMUDA PEMUDI ISLAM

Assalamualaikum..

Maklum mengetahui bahawa ajaran2 Islam yg diterapkan oleh Rasulullah kpd umat Islam semakin lama semakin hilang ditelan zaman.. Hal ini kerana, diri kita dan masyarakat zaman ini kurang mendampingi ulama' dan mempelajari dan menghayati ajaran Islam yg sebenar dan hakiki.. Masyarakat kita telah terpengaruh dgn idoelogi2 seperti Liberal,Sekular,Komunisme dan Nasionalisme yg jelas bertentangan dgn Syaria' Islam dan membawa manusia jauh dari suluhan rahmat dan petunjuk Allah..

Masyarakat pemuda/di Islam kini menghadapi cabaran2 serta dugaan2 yg amat besar dalam mengembalikan Islam sebagai cara hidup kepada seluruh masyarakat..Kita perlu mengetahui bahawa musuh2 Islam sentiasa merangcang dan melaksanakan fikiran2 serta idea2 jahat mereka utk membawa masyarakat Islam jauh dari ajaran al-Quran dan as-Sunnah.. Budaya2 mereka telah dibawa masuk ke dalam jiwa masyarakat Malaysia walaupun negara kita telah lama dimerdekakan lantaran zaman globalisasi yg amat pesat. Masyarakat negara kita zaman sekarang mudah terpengaruh dan leka dgn ajaran2 musuh2 Islam dan membawa mereka ke lembah kemaksiatan..Nauzubillah..

MENGHADAPI MEHNAH DAN SPEKULASI MUSUH2 ISLAM


Bagi menyelesai segala cabaran dan konspirasi musuh tersebut, golongan yang dinamakan pemuda/di ini mestilah mengambil langkah tertentu bagi melakukan isti'dad (persediaan) dalam menghadapi mehnah tersebut. Kita percaya apa yang digarapkan oleh Imam Hassan Al-Banna kepada pemuda/di di dalam kitabnya (majmu' rasail) merupakan

panduan penting kepada kejayaan dalam menghadapi setiap mehnah dan fitnah sekitar kita. Secara ringkasnya ialah:

Membina peribadi muslim.

Peribadi yang sentiasa diasuh dengan setiap ajaran Islam mampu menghadapi setiap cubaan dan dugaan hidup. Kerana ia sentiasa terarah kepada syurga Allah sebab itulah Allah berfirman:
قد أفلح من زكاها

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya -yang sedia bersih- bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)

يا أيها الذين آمنوا عليكم أنفسكم لا يضركم من ضل إذا اهتديتم إلى الله مرجعكم جميعا فينبئكم بما كنتم تعملون (105)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudharat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunju琨慡⁴
k (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang telah kamu lakukan. (Al-Maidah: 105)

Membentuk keluarga muslim.

Keluarga Islam merupakan aset yang kedua setelah peribadi yang baik. Keluarga muslim terlalu sukar untuk dibina sekiranya peribadi yang ada di dalam keluarga tersebut cacat dengan ajaran Allah. Allah Taala berfirman:

يا أيها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهلكم نارا وقودها الناس والحجارة عليها ملائكة غلاظ شداد لا يعصون الله ما أمرهم ويفعلون ما يؤمرون (6)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itudijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan (At-Tahrim: 6)

Memilih teman yang baik.

Maksudnya teman yang sentiasa menegur kepada kebaikan dan sentiasa membimbing ke arah jalan yang lurus mengikut yang dikehendaki oleh Allah. Teman inilah juga se
ebagai pembantu dalam perjuangan Islam menghadapi setiap karenah hidup. Allah berfirman:

يا أيها الذين آمنوا اتقوا الله وكونوا مع الصادقين (119)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar. (At-Taubah: 119)

Bersama dengan gerakan Islam.

Gerakan tersebut mestilah memenuhi ciri-ciri gerakan yang syumul mengikut kaedah Islam. Antara ciri-ciri gerakan Islam yang telah disebut oleh Allah dalam firmannya:

يا أيها الذين آمنوا من يرتد منكم عن دينه فسوف يأتي الله بقوم يحبهم ويحبونه أذلة على المؤمنين أعزة على الكافرين يجاهدون في سبيل الله ولا يخافون لومة لائم ذلك فضل الله يؤتيه من يشاء والله واسع عليم (54) إنما وليكم الله ورسوله والذين آمنوا الذين يقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة وهم راكعون (55) ومن يتول الله ورسوله والذين آمنوا فإن حزب الله هم الغالبون (56)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya. Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia). Kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. (Al-Maidah: 54-56)

Thursday, March 26

PEMUDA PEMUDI ISLAM

ANTARA CABARAN DAN PERANAN


Generasi pemuda kini memerlukan kepada kekuatan pentarbiahan yang berterusan bagi pemantapan aqidah, akhlak dan jiwa yang semakin taat kepada perintah Allah. Ertinya, sekira pemuda/di Islam tidak mengerti hakikat tarbiah dalam pengertian sebenar, maka natijah yang paling hampir kepada sebuah masyarakat itu, ialah menunggu saat kehancuran.

Sebenarnya,
kalau diperhati dengan teliti kita akan dapati bahawa pemuda/di merupakan asas yang utama dalam pembinaan setiap kerja. Nyatanya dalam Al-Quran sendiri menegaskan beberapa ayat yang khusus menyebut tentang pemuda antaranya:

نحن نقص عليك نبأهم بالحق إنهم فتية آمنوا بربهم وزدناهم هدى (13

Maksudnya: Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (Al-Kahfi:13)

Manakala hadith pula terlalu banyak yang menyebut tantang pemuda antaranya:

حديث أبى هريرة رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لو كان الدين عند التريا لذهب به رجل من فارس أو قال من أبناء فارس حتى يتناوله

Maknanya: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: Seandainya agama itu berada di bintang , nescaya salah seorang dari lelaki Parsi atau pemuda-pemuda Parsi akan pergi ke sana untuk mendapatkannya.

Begitu juga kalau diperhati di sudut sejarah pemuda memainkan peranan yang penting dalam membangun sesuatu bangsa dan agama, kekuatan suatu bangsa sebenarnya secara jelas ia sepenuhnya bergantung kepada keupayaan golongan pemuda/di di dalam sesebuah negara tersebut. Sebagai contoh yang terdekat, gerakan reformasi yang berlaku di Indonesia digerakkan sepenuhnya oleh golongan muda, sehingga tumbang kerajaan yang begitu kukuh hampir 30 tahun memerintah negara tersebut.

Sebuah gerakan atau jemaah mempunyai sayap terkanan iaitu pemuda bagi bagi membantu gerakan, jemaah atau pertubuhan tersebut demi berhadapan dengan ancaman atau serangan liar dari musuh.

Pendeknya, golongan muda berada di barisan hadapan di mana sahaja keadaan bagi memperkukuhkan dan menguatkan sesuatu negara, pertubuhan atau jemaah.

KEDUDUKAN PEMUDA ISLAM DI MALAYSIA

Secara ringkasnya kalau diperhati kepada pemuda Islam di Malaysia kita boleh membahagikan kepada beberapa bahagian:

Pemuda/di yang mendapat pendidikan agama dan beramal dengan agama.
Pemuda/di yang mendapat pendidikan agama dan tidak beramal dengan agama.
Pemuda/di yang tidak mendapat pendidikan agama dan cenderung untuk beramal dengan agama.
Pemuda/di yang tidak mendapat pendidikan agama dan tidak langsung minat kepada agama.


Satu kalimah mungkin senang untuk diucapkan, hanya tutup bibir dan buka kembali maka keluarlah kalimah tersebut berserta nada yang diinginkan , namun pengertian yang sebenar yang diinginkan terlalu sukar untuk diterjemah dalam kehidupan seharian. Pengorbanan dan mujahadah yang berterusanlah sahaja yang mampu membentuk semua itu ke arah sebuah kejayaan yang sebenar. Mudah-mudahan tulisan yang ringkas ini mampu manjadi panduan serta rujukan kepada diri dan masyarakat muda-mudi dalam mengharungi suasana yang mencabar nanti. Selamat maju jaya dan selamat berjuang di atas muka bumi Allah ini.


Sesungguhnya tanggungjawab yg perlu digalas oleh masyarakat pemuda amat besar dan memerlukan pengorbanan yg kuat dan ikhlas kerana Allah..InsyaAllah


Wassalam..


Wednesday, March 25

METHODOLOGI MENYAMPAIKAN DAKWAH




Method seruan dakwah adalah banyak. Antara yang dapat di kemuka disini ialah seperti berikut :

Daei’ hendaklah mengenal punca penyakit dan ubatnya.

Daei’ adalah seumpama doktor kepada pesakit yang bertugas merawat pesakitnya dari menderita kesakitan seterusnya menyembuhkan penyakit dengan izin Allah swt. Demikianlah daei’ mempunyai satu wazifah yang besar sebagaimana doktor, dimana daei’ berperanan mengubat penyakit hati manusia. Hati manusia yang sentiasa kotor dengan maksiat dan kemungkaran. Hati yang melantik nafsu sebagai tuhannya. Hati yang sentiasa diarah kufur dari mentaati Allah swt. Bertitik tolak dari situ, para daei’ sewajarnya mengetahui penyakit yang dijangkiti virus dimana ianya menguasai hati dan diri manusia itu. Sementalahan itu kita hendaklah memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi untuk menangani jangkitan virus agar mad’u tidak dihinggapi penyakit yang lebih serius.

Apakah ubat yang paling mujarab untuk menyembuhkan penyakit tersebut ? Jawapannya tidak lain hanyalah keimanan kepada Allah swt. Iman dan aqidah kukuh dan jitu merupakan suntikan paling ampuh dan berkesan untuk menghindarkan jangkitan virus yang mana syaitan menjadi telunjuknya bagi mengkufuru Allah swt. Demikianlah ubat para nabi dan rasul kepada kaum mereka. Sebagai contoh sejenis ubat yang digunakan oleh Nabi Nuh a.s :

يا قوم اعبدوا الله ما لكم من اله غيره إني أخاف عليكم عذاب يوم عظيم

(الأعرف : 59)


Di antara lain method dakwah ialah dengan cara hikmah seperti mana firman Allah swt :

ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتى هى أحس

(النحل : 125)


Kaedah hikamt disini hendaklah digunakan berpandukan zuruf dan kadar yang sesuai dilaksanakan oleh daei’ di satu-satu tempat atau mad’u sendiri. Adakalanya kita perlu menggunakan teknik secara kasar atau lembut dan adakalanya perlu dengan cara menakut-nakutkan atau menggembirakan mad’u.

Andaikata mad’u tersebut golongan kuffar yang menentang Islam, maka hendaklah kita memerangi mereka. Sehubungan ini Allah swt menyatakan kepada Rasulullah saw :

وجاهدكم به جهادا كبيرا

Memberi nasihat dan pengajaran yang baik

Method yang paling besar kesannya di dalam berdakwah ialah memberi nasihat yang baik. Daei’ perlu meluahkan kata-kata yang enak dan menyenangkan hati mad’u apabila mendengarnya. Ianya bertambah lembut untuk menerima dakwah.

Seorang ulama’ yang bernama Dr. Abdul Rauf Syalbi. Menyentuh hal ini dalam bukunya berjudul “Dakwah Islamiyyah”. Tabiat kata-kata yang lembut dan sopan yang masuk ke lubuk hati mad’u bioleh mententeramkan jiwa yang hangat, boleh menyentuh perasaan dengan kelembutan ayat-ayat yang digunakan dan juga boleh menghidupkan hati dan menolak kearah perasaan roh dakwah serta mampu menyuburkan daya fikir yang matang ekoran ketenagan hati.


SUMBER-SUMBER METHOD DAKWAH

i) AL QURAN AL KARIM


Di dalam Al quran menagndungi banyak uslub atau method dakwah dan juga wasilah menyampaikannya. Rasulullah saw telah diceritakan oleh Allah swt akan perjuangan para anbiya’ dan rasul-rasul sebelumnya yang telah menjalankan kegiatan dakwahnya kepada ummatnya sehingga terpaksa berhadapan dengan penderitaan dan ancaman musuh.

Allah swt menceritakan kisah perjuangan nabi-nabi dan rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad saw adalah agar kita mengambil pengajaran dan intifadah-intifadah yang perlu diterapkan ke dalam diri. Sehubungan hal ini, Allah swt menyatakan di dalam Al Quran :

وكل نقص عليك من أنباء الرسول ما تثبت به فؤادك وجاءك في هذه الحق وموعظة وذكرى للمؤمنين
(هود : 120)


Dari apa yang diceritakan oleh Allah swt di dalam Al Quran, semoga kisah-kisah ummat terdahulu menjadi petunjuk dan rahmat kepada orang-orang yang berakal waras selaku jundullah yang tidak mengenal erti keperitan perjuangan sehingga menitiskan darah yang terakhir yang bakal menjadi saksi di mahkamah Allah swt.


ii) AS-SUNNAH NABAWIAH

Sesungguhnya Sunnah Nabi dan sirah perjuangannya sama ada ketika baginda berada di Mekah atau di Madinah juga merupakan qudwah hasanah yang sayugianya dijadikan method dakwah para daie’ di sepanjang zaman atau di mana-mana pelusuk dunia mereka berada berdasarkan zuruf tertentu. Tugas berdakwah memerlukan kebijaksanaan seperti yang diterangkan di awal perbicaraan kita, sehubungan dengan ini, Allah swt mendedahkan di dalam Al Quran :

ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتى هى أحسن إن ربك هو أعلم بمن ضل عن سبيله وهو أعلم بلمهتدين

(النحل : 125)


iii) SIRAH SALAFUS SOLEH

Di dalam sirah golongan salaf yang terdiri daripada ulama’ besar serta golongan mukmin, kita melihat banyak perkara pokok dan penting di dalam selok belok dakwah. Di sana terdapat berbagai-bagai pengajaran yang menjadi contoh kepada daie’ untuk diambil intipati method dakwah yang mereka ketengahkan di mana golongan salaf ini, merupakan orang yang paling mengetahui di sudut hukum syara’ dan juga fiqhud dakwah dallah.


iv) ISTAMBATH HUKUM DARI ULAMA’ FEQAH

Para fuqaha’ telah mengistimbathkan hukum syara’ daripada dalil syara’, contohnya hukum-hukum yang berhubung dengan tugas berdakwah adalah seumpama Amar ma’ruf dan Nahi mungkar. Maka kita wajib mempelajari dan mempraktikkan segala method dakwah yang telah dikaji dan direalisasikan oleh mereka, seumpama kita melakukan ibadah kepada Allah swt seperti berzikir, berpuasa dan juga bermuamalat atau sesuatu yang berkait dengannya.


v) MELALUI PENGALAMAN DAN EKSPERIMEN

Pengalaman daie’ menyebarkan risalah Islam merupakan eksperimen atau percubaan dan uji kaji yang penting dimana ia mampu berhadapan dengan ujian ketahanan mental dan pengorbanan jasad sehingga menggadaikan nyawa di tangan musuh.

Untuk mencapai target dakwah, kita hendaklah memiliki persediaan-persediaan rohani dan jasmani. Kini fahamlah kita betapa bukan sahaja pentingnya kekuatan jasad dan roh tetapi kekuatan dan kecanggihan peralatan menentang musuh perlu diberi perhatian sewajarnya. Kalau di zaman Rasullulah saw jundullah berperang menggunakan kuda dan pedang tetapi pada zaman moden kini, kita perlu menggunakan kereta kebal, jet, peluru scud dan senjata-senjata lebih canggih dan terkini menjadi bekalan utama.

Akan tetapi, kita perlu faham kemenangan Islam bukanlah berpunca dari persediaan canggih atau tentera yang ramai, sebaliknya keimanan yang mantap adalah resepi utama untuk menentukan menang kalahnya Islam selain persediaan yang disebutkan di atas.

Demikian juga dengan disiplin. Kisah kekalahan tentera muslimin di dalam peperangan Uhud menjadi pengajaran kepada kita betapa pentingnya disiplin dan kepatuhan kepada ketua. Punca kekalahan peperangan tersebut adalah tidak patuh kepada ketua di mana Rasulullah saw ketika itu selaku ketua perang. Ringkasnya disiplin sangat penting dalam semua aspek.

CIRI-CIRI MEREKA YANG MENGHAYATI DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM

Assalamualaikum...Alhamdulillah wa Syukru Lillah kerana ana masih lagi berkesempatan utk borkongsi Ilmu dalam blog ini walaupun fikiran ini penuh dengan pelbagai masalah..Namun ana yakin dgn dugaan dan ujian yg ditimpa ke atas ana adalah semata2 hanya dari Allah demi menguji pengorbanan dan keimanan hambaNya yg dhaif dan kerdil ini..Alhamdulillah..Semoga ana diberi kekuatan dari Ilahi utk meneruskan da'wah demi mencapai keredaan Allah Taala..InsyaAllah..

Bentuk kehidupan seseorang yang menghayati dan memperjuangkan Islam tentulah berbeza dengan manusia lain. Antaranya ialah:

1. Terikat dan menurut ajaran Islam.

Iman bukan sekadar cita-cita. Iman adalah suatu yang tertanam di dalam hati dan dibuktikan melalui amal perbuatan. Allah SWT sering mengaitkan iman dengan amalan.

Firman Allah SWT: maksudnya;

“...orang-orang yang beriman dan beramal soleh ...” (Al-’Ashr: 3)

Dalam hubungan ini Allah SWT mengingatkan janganlah kita mengajak manusia lain berbuat baik sedangkan kita melupai diri kita sendiri.

Firman Allah SWT:

“Mengapa kamu menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab, tidakkah kamu berfikir?”. (Al-Baqarah : 44)

2. Mengutamakan kepentingan Islam.

Sabda Rasulullah SAW: mafhumnya;

“Berkisarlah untuk kepentingan Islam di mana kepentingannya berkisar.”

Baginda mengingatkan lagi dengan sabda yang bermaksud;

“Sesiapa yang berpagi-pagian tidak mengambil berat hal ehwal orang Islam yang lain maka ia bukanlah dari golongan mereka (Islam).”

Rasulullah SAW menjelaskan secara langsung dengan sabda yang bermaksud;

“Engkau memegang pos-pos penting daripada pos-pos Islam, maka (awas) jangan sampai musuh dapat lolos daripada penjagaanmu.”

3. Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT.

Berasa mulia dengan kebenaran Islam dan yakin kepada Allah SWT adalah antara sifat-sifat orang-orang beriman.

Allah mengingatkan dalam al-Quran di dalam firman-Nya yang bermaksud;

“Janganlah kamu berasa hina (lemah) dan jangan kamu berasa duka cita dan kamu adalah lebih tinggi (mulia) jika kamu (benar-benar) beriman.” (Ali Imran: 139)

Ketika para sahabat Rasulullah SAW berada dalam perlindungan kerajaan Habsyah dan menemui rajanya, Najasyi, paderi dan pendita yang ada di Istana Najasyi meminta mereka sujud untuk menghormati Raja Najasyi. Tetapi Ja’far bin Abi Thalib r.a yang menjadi ketua rombongan itu menjawab: “Kami tidak sujud melainkan untuk Allah SWT.”

4. Bekerja untuk Islam dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja Islam.

Apabila kita mengaku Muslim, kita harus bekerja untuk Islam. Kita patut bekerja secara berjama’ah, bekerjasama dengan para pendakwah lain yang menyeru kepada Allah SWT, menyuruh melakukan kebaikan dan melarang melakukan kemungkaran. Kita harus bekerja keras untuk mewujudkan individu muslim, rumah tangga muslim, masyarakat muslim dan negara yang melaksanakan Islam dalam pemerintahan.

Firman Allah SWT: maksudnya;

“Kami akan perkuatkan tenagamu dengan saudaramu.” (Al-Qashash: 35)

Firman Allah SWT lagi: bermaksud;

“Bertolong-menolonglah kamu dalam urusan kebaikan dan jangan kamu bertolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah: 2)

Sabda Rasulullah SAW: maksudnya;

“Seorang muslim dengan seorang muslim yang lain adalah seperti binaan yang tersusun. Sebahagiannya meneguhkan sebhagian yang lain.”
“Tangan (pertolongan) Allah di atas (bersama) jamaah.”
“Sesungguhnya serigala itu memakan kambing yang terpencil (daripada kumpulannya).”
“Hendaklah kamu bersama-sama Jama’ah al-Muslimin dan kepimpinan mereka.”


May Allah Bless We All...Allahuakhbar!

Wassalam..

Agungnya Kalimah BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan ummahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: 'Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.'

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, 'Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya.'

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

p/s: sebarkan @ forwardkan pada semua kenalan anda. sabda Rasulullah,'Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada.'

Tuesday, March 24

PERANAN SISWAZAH MENONGKAH ALAF BARU




“ Katakanlah : Inilah jalan ( Deen ) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak ( kamu ) kepada ALlah dengan hujjah yang nyata.”
( Yusof : 108 )


Sahabat-sahabat……


Adalah suatu perkara penting yang harus diinsafi bahawa kelesuan, kebekuan dan kealfaan golongan mahasiswa khususnya yang ingin disentuh dalam kertas kerja dasar ini iaitu golongan siswazah
( pelajar universiti yang telah berjaya mendapat ijazahnya ) akan menatijahkan kekalahan dan kejumudan perjuangan Islam. Lebih-lebih lagi dalam berhadapan dengan suatu zaman baru – alaf baru yang sebegitu banyak menjanjikan cabaran – mehnah dan tribulasi
( ibtila’ ) yang telah mengembanglebarkan sayapnya di segenap senario dunia dan seantero usia. Justeru itu, generasi ini perlu terus sedar dan menginsafi akan kepentingan penglibatan mereka dalam membawa agama Tauhid ini ke mercu jaya dan mengembalikan semula hak keTuhanan kepada Yang Maha Berhaq dan hak perundangan kepada Syariat Allah yang telah termaktub/tergazet di dalam Al Qur’an, As Sunnah, Qias dan Ijmak para Ulama'.


CONTOH-CONTOH TUGAS YANG LEBIH KHUSUS


01. Model/ Qudwahtun Hasanah ; Pendakwah yang menzahirkan personaliti individu mukmin sejati.


02. Agen Reformis/Pengislahan ; menjadi pemangkin peralihan ke arah pembentukan methodologi perjuangan yang lebih sistematik dan sofistikated. Gunakan apa jua kepakaran dan kepandaian yang ada sebagai seorang intelektual Islam.


03. Agen Pendesak ; aktif dalam memberi kritikan, komentar dan tuntutan terhadap kerajaan. Harus menjadi perancang dan pelaksana serta penggerak apa jua program Islami.


04. Agen Pemantau ; mengetuai gerakan kajian dan penyelidikan terhadap setiap isu penting negara untuk kegunaan Islam.


05. Agen Motivater ; menjadi Pegawai Penerangan Jama’ah dalam membangkitkan kesedaran dan motivasi rakyat.


06. Agen Masyarakat ; menjadi pembela dan pejuang kebajikan masyarakat dalam apa jua segi.


07. Rausyanfikr – Golongan Pemikir dan ‘Ice breaking’ , etc.



BEBERAPA SIKAP YANG PERLU BAGI SISWAZAH PEJUANG YG. BERIMAN & BERTAQWA


01. Ikhlas – Dalam beragama


02. Beramal – Taqarrub ilaLlah


03. Istiqomah – Sedia berkorban apa jua


04. Reda – Berlapang dada


05. Zuhud – Cukup ALlah segala-galanya


06. Tawadhuk – Jiwa seorang hamba


07. Tawakkal – Sangka baik kepada Allah s.w.t



SISWAZAH SEBAGAI ASET PENTING NEGARA & PENENTU HALATUJU MASA DEPAN UMMAH


Siswazah yang merupakan golongan muda amat sesuai dianggap sebagai sebahagian daripada aset penting negara. Ini kerana mereka inilah yang akan meneruskan kesinambungan sesebuah pemerintahan bagi sesebuah negara. Siswazah yang beriman dan bertaqwa akan mampu membawa negara Malaysia menjadi sebuah negara yang dipenuhi barokah dan redha ALlah. Merekalah yang akan menentukan masa depan ummah sama ada menjadi satu ummah yang bertaqwa dan meneruskan hidup berlandaskan hudud-hudud yang telah ditetapkan-Nya atau sebaliknya. Sesungguhnya, setiap yang bernyawa akan mati maka itulah janji ALlah kepada kita ummat manusia. Oleh yang demikian menjadi suatu kemestian bagi yang masih ada untuk meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan.

Inilah yang dimaksudkan oleh As Syahid Syed Qutb ketika menyatakan bahawa kita akan merasa sempit seandainya kita mengatakan bahawa perjuangan ini kitalah yang memulakan dan mengakhirkannya. Tetapi kita tidak akan merasa sempit apabila kita yakin dan percaya bahawa kita adalah penerus kepada satu-satu perjuangan. Ummah Siswazah merupakan golongan yang akan tinggal dan ditinggalkan. Maka, oleh itu merekalah aset penting negara yang akan meneruskan pemerintahan dan pentadbiran negara dalam menjaga kepentingan ummah. Peranan ini tidak akan mampu mereka mainkan seandainya mereka tidak peka terhadap permasalahan negara dan rakyat seluruhnya. Keprihatinan wajar dimulakan daripada sekarang bagi mempastikan mereka benar-benar ‘competent’ ( layak ) untuk mengambilalih tampuk pemerintahan yang ada sama ada mahu atau tidak. Itulah tanggungjawab kita sebagai ummat Islam yang merupakan khalifah ALlah di atas muka bumi ini.


“ Bukankah Allah itu mencukupi keperluan hambaNya ? Dan mereka menakut-nakutkan kamu dengan sesuatu selainNya. Dan siapa yang dibiarkan sesat oleh ALlah maka tiadalah dia akan memperolehi pemimpin yang akan memimpinnya.”
( Az Zumar : 3 – 6 )



Salam takzim.


Selamat Berjuang & Beristiqomah


Wassalamu’alaikum Wama’annajjah Wailal Liqa.

Monday, March 23

JIHAD TERAS KEGEMILANGAN UMMAH..

Assalamualaikum w.b.t...bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi ruang dan kesempatan utk mnyebarkan dakwah ke arah agama Islam yg tercinta..berkorbanlah apa sahaja demi menegakkan Syaria' Islam di muka bumi ini..


Jihad dari segi bahasa ialah : " Bersungguh-sungguh dan mencurahkan sepenuh kemampuan dan tenaga, samada dengan perkataan atau perbuatan ".

Dari segi syara' ialah : " Seorang muslim mencurahkan sepenuh tenaga dan kesungguhan dalam usaha untuk memenangkan Islam, bagi mendapat keredhaan Allah ". Oleh sebab itulah dirungkaikan kalimah jihad dalam Islam dengan fi sabilillah yang bertujuan untuk men thabit kan bahawa jihad yang dimaksukan adalah jihad syar’ie.

Firman Allah s.w.t dalam menjelaskan perkara ini adalah seperti berikut :

[1]الذين آمنوا يقاتلون في سبيل الله والذين كفروا يقاتلون في سبيل الطاغوت...

Maksudnya : " Orang-orang yang beriman berperang pada jalan Allah dan orang-orang kafir berperang pada jalan toghut ... ".
[1] Surah An-Nisa’ : 70



Dari taarif ini, lahirlah takrif-takrif golongan salaf berkenaan dengan jihad antaranya :

Ibn Abbas r.a berkata : " Jihad ialah mencurahkan sepenuh tenaga pada jalan Allah dan tidak takut pada celaan orang yang mencela ".

Ibn Muqatil berkata makna jihad adalah : " Beramal kepada Allah dengan sebenar-benar amalan dan menyembah Allah dengan sebenar-benar sembahan ".

Ibn Mubarak berkata : " Iaitu mujahadah nafsu dan hawa ".

Dr. Said Ramadhan Al-Buti berkata : " ýýJihad ialah mencurahkan tenaga pada jalan meninggikan kalimah Allah dan menegakkan masyarakat Islam. Memberikan tenaga melalui peperangan adalah sebahagian darinya. Adapun tujuan pula adalah menegakkan masyarakat Islam dan membentuk Daulah Islamiyyah yang sebenar ".

Dari pentakrifan di atas, jelas bahawa jihad itu sendiri mempunyai makna khas dan makna am. Adapun maknanya yang khas ialah : " Berperang pada jalan Allah " dan maknanya yang am ialah : " Kehidupan kita dari awal hingga akhirnya merupakan jihad ". Ia mempunyai marhalah dan pusingan yang tertentu. Setiap marhalah jihad menyediakan seseorang untuk naik ke marhalah yang lebih tinggi.

Imam Ibn Qayyim ketika memperkatakan tentang marhalah-marhalah ini memulakan susunan jihad dengan jihad melawan nafsu untuk mempelajari kebenaran, kemudian jihad untuk beramal dengan apa yang telah diketahui, kemudian jihad bersabar di atas bebanan amal tersebut. Semua ini dikira sebagai jihad. Mana-mana kekurangan pada marhalah-marhalah ini atau kegopohan, kadang-kadang tidak membawa kepada amal yang dituntut.

As-Syeikh Said Hawwa dalam kitabnya Jundullah telah membahagikan jihad kepada 5 jenis :

Pertama : Jihad dengan lisan
Kedua : Jihad dengan pengajaran ( ta'limi )
Ketiga : Jihad dengan tangan dan jiwa-raga
Keempat : Jihad politik
Kelima : Jihad harta.


Perjuangan Ar-Rasul dan para sahabat dipenuhi dengan jihad dari melawan nafsu, berdakwah dan sebagainya termasuklah qital (berperang). Semua itu telah dilakukan dengan penuh semangat dedikasi dan bersungguh-sungguh. Lantaran itu, sejarah Islam telah memaparkan buat tatapan kita pada hari ini, betapa mulia dan gagah serta bersemangatnya mereka memperjuangkan Islam, malahan bukan sekadar Semenanjung Arab sahaja yang tunduk kepada kekuasaan Islam, bahkan kuasa-kuasa besar seperti Rom dan Parsi turut tersungkur di bawah kekuasaannya. Keberanian dan keunggulan mereka di medan jihad menjadi sebutan orang pada ketika itu. Kehandalan Saidina Umar r.a, keberanian Khalid Al-Walid dan ramai lagi telah menggegarkan dunia.

Semangat jihad yang ditunjukkan oleh mereka itu kemudiannya diwarisi oleh para mujahid Islam seperti Imam Ahmad Ibn Hanbal, Sallehuddin Al-Ayyubi, Ibn Taimiyyah dan lain-lain lagi. Di dalam abad ke-20 an ini, terdapat pula mujahid seperti Imam Hassan Al-Banna, Syed Qutb dan Sayed Abu A'la Maududi. Mereka menentang kezaliman dan penindasan yang cuba menghancurkan dan menghapuskan umat Islam.

Melihat dari kejayaan yang telah dipaparkan di dalam sejarah, perasaan benci dan dengki dari musuh Islam memuncak dan sering bersemadi di dalam jiwa mereka. Rentetan daripada itu, timbullah berbagai cemuhan dan telahan terhadap perjuangan untuk mengembalikan Islam. Fanatik, Ekstrimis, Irhabi, dakwah songsang, menyeleweng dan berbagai lagi perkataan telah digunakan untuk melemahkan semangat perjuangan. Kebenaran perjuangan Islam diputar-belitkan supaya masyarakat kabur dan tidak lagi memahami keadaan yang sebenar. Dalam hal ini, terdapat sesetengah ulama' yang memainkan peranan yang agak hebat juga untuk menjayakan perancangan musuh Islam. Akibatnya, semangat dan ruh jihad itu luntur dan sikap acuh tak acuh bertunas di dalam hati umat Islam serta mengongkongnya.

Setelah begitu lama kita dibawa oleh lamunan pemikiran musuh-musuh Islam, kini tibalah masanya untuk kita memahami dan benar-benar menghayati jihad dari kaca mata Islam itu sendiri.


KENAPA JIHAD FI SABILILLAH

Di dalam kitab suci Al-Qur'an, Allah telah membentangkan apakah tujuan jihad. Antara lain ialah :


a) Untuk mewujudkan keagungan Allah di dunia.
b) Mengatur hal-ehwal manusia mengikut petunjuk dari Allah
c) Menghapuskan semua kuasa-kuasa syaitan
d) Menghapuskan penindasan manusia oleh manusia lain.



Wahai Teman.....



Sesungguhnya dunia Islam hari ini jauh dari perlaksanaan hukum Allah. Umatnya dikoyak-rabikkan oleh musuh. Daulah yang dulunya wujud telah dihilangkan. Segala kemewahan dan hasil-mahsul bumi Islam dirampas oleh Yahudi Kuffar durjana. Adakah kita masih ragu-ragu bahawa jihad merupakan fardhu ain ke atas setiap bahu kita ??? Tanyalah diri kita, adakah jalan lain selain jihad untuk menghilangkan kejahatan ini ? Bukankah kita tergolong di dalam zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith.

Sementara kita belum terlajak dan tidak dapat kembali lagi ke dunia ini, sama-samalah kita melaksanakan jihad fi sabilillah agar apabila telah sampai di alam yang kekal, mudah-mudahan insya Allah kita tidak menyesal seribu sesalan yang tidak berguna lagi.

Oleh itu wajiblah ke atas kita sentiasa menanamkan di dalam hati dan amalan kita slogan " JIHAD ADALAH JALAN KAMI " untuk memastikan Islam kembali gemilang.


FENOMENA TAADUD JAMAAH

KELAHIRAN JAMAAH ISLAM



Pada ambang kejatuhan khilafah Othmaniyyah dan penjajah Barat menguasai tanahair umat Islam. Pada waktu itu, lahirnya mujadid-mujadid setempat untuk mengembalikan kekuatan dan kemuliaan Islam seperti Sheikh Jamaluddin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh dan sebagainya. Tetapi selepas perang dunia ke dua, umat Islam kehilangan silsilah khilafah yang dibina oleh datuk nenek mereka dengan air mata dan darah.


Tanahair umat Islam difaraidkan.Undang-undang dan ideologi-ideologi sesat dipusakai kepada umat Islam oleh penjajah Solibiyyin. Di awal abad ini, Allah melahirkan mujadid di setiap tanahair umat Islam. Mujadid-mujadid islam menubuhkan jamaah Islam di setiap tanahair masing-masing. Al-Imam Hasan Al-Banna menubuhkan Ikhwan Muslimin di Mesir, Abu “ala Al-Maudidi menubuhkan jamaah Islami di Pakistan, ditubuhkan PAS di Malaysia dan lain-lain.

Tetapi di pertengahan kedua abad ini, umat Islam dibentangkan dengan fenomena percambahan jamaah Islam . Percambahan jamaah-jamaah ini mencorakkan fenomena perpecahan dan kebingungan umat Islam.


Kelahiran taadud jamaah berasaskan beberapa punca;

i. Ada jamaah yang ditubuhkan dengan sebab kesedaran untuk mengembalikan umat kepada kesyumulan Islam dan melaksanakan kefardhuan zaman.

ii. Ada jamaah atau pertubuhan yang diasaskan untuk memberi kekuatan kepada jamaah Islam yang telah ada dan sebagai platform untuk memperluaskan dakwah Islam dan amal Islami yang bertepatan dengan manhaj dan prinsip jamaah Islam yang induk.

iii. Ada jamaah yang ditubuhkan diatas alasan tidak puas hati. Tidak puas hati terhadap beberapa aspek pada jamaah yang telah ada.(4)


Di antaranya ;

a) Melihat dan mengira jamaah yang telah ada tidak menekankan pada beberapa aspek seperti tarbiyyah, ekonomi, tasawuf dan sebagainya. Dan beranggapan jamaah yang telah ada hanya menekankan satu juzu sahaja daripada Islam.
.
b)Menuduh jamaah yang telah ada tidak syarie’ pada pengamalannya.


iv. Ada jamaah yang diilhamkan oleh musuh-musuh Islam atau diperalatkan oleh pertubuhan bukan Islam untuk menyanggah dan berhadapan dengan jamaah Islam yang telah ada. Firman Allah ;

والذين اتخذوا مسجدا ضرارا وكفرا وتفريقا بين المؤمنين وارصادا لمن حارب الله ورسوله من قبل وليحلفن ان اردنا الا الحسنى والله يشهد انهم لكاذبون لا تقم فيه ابدا

Maksudnya :


“Dan orang-orang yang membina masjid dengan tujan membahayakan (keselamatan orang Islam) , dan menguatkan keingkaran mereka sendiri, serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman dan juga untuk dijadikan tempatan intipan bagi orang yang menentang Allah dan Rasulnya sebelum itu,Dan mereka bersumpah dengan berkata “tidakkah yang kami kehendaki dengan membina masjid ini melainkan untuk kebaikan semata-mata”.Padahal Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya mereka berdusta.”
(surah at-Taubah : 107 - 108)


Berkata Ali bin Abi Talib daripada Ibnu Abbas di dalam menafsirkan ayat ini . “Mereka dari kalangan Ansar yang telah membina masjid . Pendeta Abi Amir berkata kepada mereka ,” Dirilah masjid dan bersedialah dengan apa yang kamu mampu dengan senjata dan kekuatan, saya akan pergi ke mahligai kaisar Rom, saya akan datang bersama tentera Rom dan mengeluarkan Muhammad dan sahabat-sahabatnya.” Tatkala mereka selesai mendirikan masjid , mereka pun datang kepada Nabi s.a.w. dan berkata “ Kami telah selesai membina masjid kami. Kami sangat menyukai agar engkau bersembahyang dan berdoa keberkatan untuk kami.” Maka Allah pun menurunkan ayat: (5)


لا تقم فيه ابدا

Al-Ustaz Said Hawwa menyatakan bahawa daripada kisah masjid Dirar ini, kita memahami bahawa tidak sepatutnya kita taradud (ragu) untuk mencabut segala yang mengancam keamanan dan kesatuan muslimin. Wajib ke atas kita, bersegera untuk menghancurkan segala perancangan ahli kufur dan nifaq.(6)

Tanpa disedari, betapa banyak jamaah yang dipergunakan oleh musuh Islam menjadi masjid Dirar yang memecah-belah umat Islam dan memberi kekuatan terhadap musuh Islam untuk terus bertapak. Masjid adalah jami (tempat berhimpun) dan simbol jamaah serta markaz kesatuan Islam. Rasulullah s.a.w. telah membakar dan Allah telah melarang berada di tempat himpunan manusia yang bergelar masjid , jika ia diasaskan untuk memecah-belah umat , memudharatkan muslimun dan menyokong musuh Allah dan Rasulnya S.A.W. Alangkah lebih afdhalnya, jamaah atau pertubuhan yang memecahkan muslimin dan menyokong parti Sekularisme ditolak dan dihapuskan.

Saturday, March 21

HUDUD

Dengan nama Allah yg maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..


Assalamualaikum w.b.t...Bersyukur kehadrat Allah Taala kerana diberi peluang utk hidup dalam keadaan agama yg syumul yg telah diperjuangkan oleh Rasulullah selama ini iaitu Islam..

( Hudud adalah kata majmuk ) dari " Al-Hadd " yg bererti " kawalan " atau " cegahan ". Dari akar kata yg sama penjaga atau pengawal pintu dipanggil haddad kerana ia mengawal dan mencegah seseorang itu dari memasukinya. Hukuman2 dinamakan hukum hudud kerana ia berfungsi mencegah org ramai dari melakukan jenayah2 yg dikenakan hukum hudud. Istilah hududullah bereerti perlakuan2 yg diharam dan dicegah Allah. Firman Allah Taala:


Maksudnya:


"Itulah perlakuan2 yg diharamkan Allah. Oleh kerana itu, janganlah kamu dekatinya."

( al-Baqarah : 187 )


Istilah Hududullah juga bereerti " hukuman2 yg telah ditentukan Allah " yg tidak seharusnya dilewati seseorang. Hukum2 ini dinamakan Hudud kerana ia mencegah seseorang dari melewatinya. Dalilnya firman Allah Taala:

Maksudnya:

" Itulah hukum2 yg telah ditentukan. Oleh kerana itu, janganlah kamu mencabulinya."

( al-Baqarah : 229 )


Hudud mengikut pengertian Syara' yg dipakai oleh mazhab Hanafi ialah hukuman2 yg ditentu dan diwajibkan Allah sebagai hak Allah Taala. Hukum2 Ta'zir ditentukan Allah ( malah diserah kpd budibicara pemerintah ). Hukum Qisas ( balasan bunuh ) juga dinamakan hudud walaupun ia merupakan suatu hukuman yg telah ditentukan Allah kerana hukum Qisas merupakan hak manusia bukannya hak Allah, kerana itu hukum Qisas boleh dimaafkan dan dicari perdamaian, tetapi semua hukuman itu dinamakan Hudud belaka kerana ia mencegah perlakuan jenayah yg seperti itu.
Maksud hukum Hudud itu disifatkan sebagai hak Allah kerana hukum Hudud diperundangkan dgn tujuan utk melindungi maruah, keturunan, harta benda, aal dan nyawa dari gangguan dan pencerobohan, tetapi sesetengah2 hukum hudud seperti hukuman kerana perzinaan dan minum arak merupakan hak Allah Taala semata2 dgn erti ia adalah hak masyarakat. Dan sesetengah hukum Hudud yg lain seperti hukum Hudu kerana Qazaf ( membuat tuduhan berzina terhadap org lain ) merupakan hak Allah dan hak manusia, iaitu satu hukum di mana hak peribadi berkongsi dengan hak umum.
Hukum Hudud mengikut istilah kebanyakan ulama' yg bukan dari aliran Hanafi ialah hukuman yg ditentukan oleh Syara' sama ada berupa hak Allah atau hak manusia.

FATWA

Nauzubillah. Tolong sebarkan kawan2 ku.....


> > > > > Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz, Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram....



> > > > > ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. " Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...


> > > > > Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..." dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu


> > > > > dosa syirik..." Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... " Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. "Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara... Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.


Kata beliau seterusnya.. ..


Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...


1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.


3. Mereka yang berdiam diri.

Friday, March 20

KEMBALI KEPADA UNDANG-UNDANG ALLAH


Semakin jauh kita mengkaji p'undangan Islam dan kitab2 yg disusun olh ahli p'undangan Islam, semakin kuat kep'cayaan kita terhadap kemantapan Syari'at Islam dalam mengatur urusan kehidupan masyarakat, juga terhadap kebaikan pemikiran Islam. Kebijaksanaan ahli2 perundangan Islam dan keagungan perundangan Islam, kerana hukum2nya bukan sahaja dilandaskan daripada dalil naqli dari Al-Quran dan As-Sunnah, malah ia menembusi begitu jauh di dalam jiwa dan akal manusia utk mendapatkan dalil yg menguat dan menyokongkannya sehingga ke masa kini, iaitu dalil yg menyokongnya dari aspek pelaksanaan yg praktikal dan menyumbangkan kekuatan kepadanya utk kembali b'fungsi semula dalam mengatur dan mengendalikan hubungan2 sosial, dagang dan hubungan2 dua hala yg berlangsung setiap hari di antara individu2, juga dlm mengendalikan hubungan2 antarabangsa.




Tujuan memilih dan mengambil undang2 Islam ialah utk menegakkan sebuah masyarakat Islam yg kukuh, terhormat, bersih, aman dan tenteram, di mana tiada ruang utk ditawarkan kehinaan atau menyerah kalah kepada musuh, masyarakat yg tdk memberi tempat kepada perlakuan jenayah dan kegiatan2 yg tdk menentu, masyarakat yg tdk memberi pertimbangan kpd kelakuan2 normal dan menyeleweng, perbuatan2 yg kurap, mungkar atau maksiat. Ia bertindak ke arah itu sedapat mungkin mengikut prinsip2 Islam terutamanya memberi perlindungan kpd perbuatan jenayah yg tertutup atau dilakukan secara tidak terbuka dan prinsip menolak atau menepikan hukum2 hudud- bukan hukum2 Ta'zir- apabila terdapat keraguan.




Diantara faktor yg benar2 menarik kita kepada undang2 Islam ialah umat Muslimin di zaman kita telah mencuba segala barangan import dalam bentuk undang2 dan peraturan2, idea2 dan budaya2 serta berbagai ilmu pengetahuan yg bersifat Materialis yg sempit atau kebendaan semata2. Pada akhirnya golongan yg insaf dan sedar kembali ke pangkuan Islam setelah sistem import itu gagal memajukan individu dan masyarakat dan setelah terbuka tembelangnya yg selama ini ditutup dgn cat tamadun yg palsu, yg mana dari tamadun palsu inilah kita telah mengambil suatu yg rendah dan tidak bermutu dan meningalkan intan atau sesuatu yg berguna lalu kita tegakkan kehidupan umat Muslimin mengikut sistem2 dan budaya2 import itu yg telah mengakibatkan kerosakan kpd hati nurani dan fikiran2 mereka disamping menanamkan keraguan nilai,sifat2 yg mulia dan akhlak yg murni. Kepada suatu umat yg lemah yg bergantung kpd org lain, suatu umat yg tidak ketahui identitinya atau suatu umat yg tidak mempunyai keperibadian yg tersendiri sama ada keperibadian Islam atau keperibadian Arab, sama ada keperibadian Timur atau Arab.




Dengan dorongan yg kuat dari pemikir yg sedar atau tidak sedar, masyarakat Islam telah menjurus ke arah Islam sbg jalan keluar atau jalan selamat, tetapi malangnya orang2 Islam hanya menumpu kpd kegiatan mereka di dalam bidang ibadat sahaja menyebabkan sistem hidup mereka berada di suatu sudut dan kegiatan ibadat mereka berada di suatu sudut yg lain. Mereka berada dalam keadaan dua hala yg terumbang-ambing dan bertentangan satu sama lain.
Mereka berada dlm keadaan bingung dan bosan, mereka berada dlm keadaan serba salah yg baru walaupun kurang-buruknya dari berpisah terus dari Islam.




Tiada jalan lain yg dapat menyelamatkan umat Islam dari keadaan dua hala yg terumbang-ambing itu selain dari pelaksanaan Syari'at Allah secara total dalam semua bidang muamalah, jenayah, hudud dan lainnya, serta mengubahkan ndang2 ciptaan manusia. Sehubungan dgn ini, sinar harapan telah kelihatan, di mana langkah2 yg positif sedang menjurus kearah menegakkan kembali undang2 Syari'at di negeri2 Arab dan negeri2 Islam utk membersihkan masyarakat dari keruntuhan akhlak dan penyelewengan. Menegakkan keperibadian sendiri dan mengendalikan segala urusan kehidupan masyarakat mengikut pemikiran Islam baik dlm bidang politik dan sosial ekonomi mahupun dalam bidang ketenteraan, juga utk menghancurkan segala belenggu kehinaan, membasmi segala bentuk pencerobohan dan pencabulan, memerangi segala jenis eksploitasi di samping menghidupkan kepercayaan kpd diri sendiri dan menyatupadukan umat muslimin di bawah panji2 al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. dan mengambil manfaat dari kajian2 perundangan Syari'at yg tidak terkeluar dari dua sumber tersebut.


Kini orang2 Islam telah sedar bahawa satu2nya jalan utk mencapai kemuliaan, menolak pencerobohan musuh utk membebaskan bumi Islam dan hak2nya yg telah dirampas itu ialah bersatu-padu di bawah panji2 jihad utk menegakkan agama Allah sama seperti perpaduandan pengembelingan kekuatan yg telah dilakukan musuh terhadap kita. Mereka telah memerangi kita di bawah lambung ideologi kebangsaan dan perkauman mereka yg keji.

MENCONTOHI KEPIMPINAN RASULULLAH


Assalamualaikum w.b.t...Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah yg Maha Esa lg Maha Bijaksana kerana masih diberi peluang kepada ana utk hidup merasai nikmat2 Allah yg besar ini..Alhamdulillah, syukur juga kepada yg Maha Mengetahui kerana masih diberi idea dan masa utk menyumbangkan serba sedikit Ilmu yg ada pada diri ana yg kerdil ini..

Kepimpinan itu bukanlah satu keistimewaan, sebaliknya adalah tanggungjawab yg cukup getir.



KEPIMPINAN adalah satu bentuk amanah yg cukup berat sarat dengan tanggungjawab dan kewajipan. Ini adalah selaras dengan kewajipan sbg khalifah di atas muka bumi ini yg Allah kurniakan kpada manusia dgn misi membangun dan memakmurkan bumi yg terbentang luas ini. Kepimpinan bukanlah satu kelebihan atau kemegahan tetapi satu pengorbanan. Ia juga bukannya kesenangan dan kemewahan tetapi kerja keras dan usaha bersungguh2. Bahkan ianya bukan tindakan secara semberono dan membuta tuli tetapi tindakan penuh strategi dan perancangan. Pendek kata, kepimpinan adalah wadah pembangunan, kemajuan, kesejahteraan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Perlu diinsafi, Islam menganggap bhw setiap manusia sama ada lelaki mahupun perempuan secara umumnya adalah seorang pemimpin. Paling minimumnya ialah setiap org adalah pemimpin bg dirinya sendiri dan yg paling tinggi sekali adalah tanggungjwab seorang pemimpin terhadap rakyat bawahannya. Dalam hal ini, Baginda Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Maksudnya:

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akn dipertanggungjawabkan terhadap org yg di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pimpinan dan akan dpertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dpertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akn dpertanggungjawabkan terhadap anak2nya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akn dpertanggungjawabkan terhadap apa yg berada di bawah amanahnya".

( Hadis Riwayat Bukhari)

Jelas daripada mafhum hadis tersebut bahawa tanggungjawab dan kewajipan yg terpikul di bahu setiap muslima dalah berbeza antara satu sama lain bergantung kepada kedudukan dan kuasa kepimpinan yg diamanahkan kepadanya. Namun, tanggungjawab terbesar yg akn dipertanggungjwabkan kelak pada hari akhirat ialah tanggunggjawab seorang pemimpin terhadap rakyatnya. Maka tidak hairanlah Rasulullah pernah memberi peringatan kepada setiap pemimpin tentang tanggungjwab seorang pemimpin yg sebenar. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:

"Pemimpin yg menguasai urusan kaum Muslimin tetapi tidak bersungguh2 memerhati kepentingan kaum Muslimin, tidak nasihat menasihati demi kebaikan dan kesejahteraan mereka, kelak tidak dapat masuk syurga bersama2 mereka".

( Hadis Riwayat Ahmad )

Demikian betapa besarnya dan beratnya tanggungjawab seorang pemimpin yg diamanahkan Alah Taala kepada kuasa kepimpinan utk menerajui rakyat ke arah Islam dan kebahagiaan abadai di dunia dan akhirat. Pemimpin yg baik adalah seorang pemimpin yg sentiasa ingin berkhidmat dan berkorban demi membangunkan agama Islam dan sekali2 tidak mengutamakan keentingan dirinya, keluarganya mahupun kerabat terdekatnya..


Wassalam...


Thursday, March 19

Kurangkan Ketawa, Banyakkan Menangis..



Salam..moga2 ana dan sahabat2 sekalian sentiasa berada dibawah jagaan dan diletakkan di dalam wilayah Allah sentiasa.. Ramai muda mudi sekarang ini lebih terdedah kepada banyak hiburan yg melampaui batas.. Hal ini menyebabkan kita sentiasa lalai dan cuai dalam mengikuti dan memahami suruhan dan perintah Allah dan rasul-Nya.. Ketawa yg berlebihan menyebabkan hati kita akan menjadi gelap dan jauh dari suluhan nur Allah...Hati yg gelap akn mendorong dan membawa diri kita kearah maksiat dan dosa terhadap allah..


Sebuah hadis Nabi yg terkenal menyatakan: "Jika kamu tahu apa yg aku ketahui, maka kamu akn banyak menangis dan sikit ketawa". Tetapi baginda juga dikatakan mempunyai senyuman yang paling memikat yg sntiasa menarik hati para pengikutnya. Malah, al-Ghazali menyebut tentang kecenderungan Nabi utk ketawa. Humornya yg lembut terlihat daripada beberapa kisah Islam awal. Contohnya seperti berikut:


Suatu hari seorang wanita tua bertubuh kecil datang kepadanya dan menanyakan apakah wanita tua yg menyedihkan seperti dirinya itu juga akan masuk syurga. Tidak, kata Nabi, Tidak akn ada wanita tua di syurga! Dan kemudian, melihat kesedihan di wajahnya, Nabi meneruskan sambil tersenyum: Maka akn diubah semuanya di Syurga, sebab di sana hanya akan ada usia muda utk semua penghuninya!


Kurangkan Ketawa, Banyakkan Menangis..

Semoga Allah sentiasa menjaga kita dan sentiasa menyucikan Hati kita..InsyaAllah..


wassalam..


MENELADANI RASULULLAH

Assalamualaikum w.b.t kepada shabat dan sahabiah sekalian..lama jgk ana tdk menulis dlm blog ini kerana kekurangan idea dan masa utk mnyinggah di blog ini.. Kali in ana akn mmbicarakan berkenaan "Rasulullah ikutan terbaik"..

Meneladani Rasulullah inimerupakan perintah Allah yg tercatat dlm ayat 21,surah al-Ahzab sbgaimana firman-Nya yg bermaksud:

"Demi sesungguhnya, adalah bg diri Rasulullah s.a.w. itu contoh ikutan yg baik, iaitu bg orang yg sentiasa ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia mnyebut dan mngingati nama Allah banyak2 dalam masa susah dan senang".

Kehidupan Rasulullah sangat sederhana. Pada suatu hari baginda sedang berehat di rumahnya sambil berbaring di atas tikar yg dperbuat daripada daun2 tamar. Tiba2, seorang sahabatnya yg bernama Ibn Mas'ud datang menziarahi baginda. Oleh kerana pada masa itu Rasulullah ketika itu tidak memakai baju, maka Ibn Mas'ud melihat bekas anyaman tikar itu melekat d tubuh baginda. Melihat keadaan yg demikian, Ibn Mas'ud bersedih dan menitiskan air mata. Beliau berkata di dalam hatinya: Tidak patut seorang kekasih Allah, seorang pemimpin negara dan seorang pemimpin tentera hidup dengan cara demikian.

Ibn Mas'ud berkata: "Ya Rasulullah, bolehkah saya membawakan tilam ke sini tk Tuan?" Rasulullah menjawab, "Wahai Ibn Mas'ud, apalah eti kesenangan hidup di dunia ini bagiku. Hidup di dunia ini bagiku bagaikan seorang musafir dalam perjalanan jauh, lalu dia singgah sebantar berteduh di bawah pohon kayu yg rendang utk berehat. Kemudian dia harus berangkat meninggalkan tempat ituutk meneruskan perjalanan yg sangat jauh dan tidak berpenghujung"..

Inilah peribadi Rasulullah yg harus dicontohi oleh kita semua yg mana Rasulullah sentiasa menjadikan hidupnya dlm keadaan sederhana dan tidak melampaui batas..Baginda yakin bahawa kesenangan di dunia hanyalah sementara dan kesenangan dan kebahagian yg kekal adalah di akhirat..

Wassalam..

Sunday, March 1

Kemenangan Datang Ketika Amat Diperlukan


Hakikat yg perlu diterima ialah kemenangan dan pertolongan Allah tidak akan datang kecuali ia benar2 diperlukan oleh umat islam. Kemenangan akn deperolehi ketika manusia benar2 tiada kekuatan dan keupayaan utk menentang musuh kecuali dengan pertolongan Allah semata2. Allah Taala masih membuka pintu usaha kepada umat islam dlm mencari kemenangan sebelum Dia sndiri membantu dengan pertolongn yang amat besar.


Hakikat ini dapat diperhatikan ketika:


1) Penghijrahan Nabi s.a.w bersama sahabatnya Abu Bakar. Di dalam perjalanan, baginda bersama Abu Bakar terpaksa mencari perlindungan di dalam sebuah gua iaitu Thur.


Orang2 kafir Musyrikinberusaha untuk menjejaki baginda berdua sehingga di pintu gua, tempat persembunyian baginda s.a.w dan Abu Bakar. Abu Bakar berkata kepada baginda: "Wahai Rasulullah, sekiranya salah seorang daripada mereka melihat kaki mereka tentu sekali kita berdua akan berjaya ditangkap." Rasulullah berkata:"Wahai Abu Bakar, apakah kamu memikirkan kita sahaja di sini sedangkan Allah Taala adalah pihak yg ketiga?"


Al-Quran telah menceritakan kepada kita mengenai pertolongan Allah Taala kpd Rasulullah dan Abu Bakar. Dia telah mengirimkan tenteraNya utk menolong melindungi pemandangan musuh dari tempat persembunyian Rasulullah dan Abu Bakar al-Siddiq (dlm surah al-Taubah ayat 40)


2) Pertolongan Allah s.w.t dapat juga kita perhatikan di dlm peperangan Badar. Ketika itu, tentera Muslimin terlalu kecil sedangkan tentera musyrikin dianggarkan seramai 1000 orang iaitu tiga kali ganda dari tentera Muslimin.


Ketika saat2 genting dan memikirkan kedudukan tentera Islam ketika itu, Rasulullah s.a.w berdoa kepada Allah utk meminta pertolongan. Dengan permohonan ketika terdesak dan tertekan, maka Allah Taala mengirimkan tenteraNya.


Rasulullah berdoa:"Ya Allah, terimalah doaku ini. Sekiranya Kamu memusnahkan dan membiarkan tentera Islam, maka tiada siapa lagi yg akn menyembahMu di muka bumi ini selepas ini."


Rasulullah terus berdoa sehingga kain selendangnya terungkai. Abu Bakar berkata:"Demi Allah wahai Rasulullah, Allah pasti akan menolongmu dan menyerikan wajahmu."


Dengan kekuasaan Allah, ramai tentera Msyrikin terbunuh apabila terkena rejaman pasir dari Rasulullah.


3) Pertolongan Allah ini dapat dilihat lagi berdasarkan bukti yg terdekat..


Ketika peperangan diantara tentera Islam Hamas dan tentera Israel di Ghaza,Palestin. Tentera Hamas pernah dikepung oleh tentera Israel Laknatullah dan menyebabkan tentera Islam tidak dapat membuat apa2 lagi melainkan memohon dan mendapatkan pertolongan Allah.


Beberapa ketika kemudian, tentera Islam dapat melihat kehadiran tentera2 Allah yg berpakaian serba putih melawan tentera Israel menyebabkan musuh2 Allah dan musuh2 umat Islam yg berada disitu mati.


Demikianlah kita perhatikan bahawa pertolongan Allah s.w.t akan sampai ketika umat Islam semakin terdesak dan tertekan.


Semua keterangan ini disahkan oleh sejarah dan juga sejarah kerasulan.
Wassalam
Related Posts with Thumbnails